Klik je...!!!

Khamis, 13 Ogos 2009

Kejutan Dari Isteri...


Dua tahun aku berkecimpung dalam hobi berkebun dan menghias laman, tak pernah aku tersuka, terminat atau tergerak hati nak membeli atau memiliki pokok orkid. jangan kata minat, belek pokok orkid pun tak pernah. Tiap kali pergi cuci mata kat plant nursery di sungai Buloh, kedai-kedai yang jual orkidlah yang tak pernah dijejaki... Tup...tup, satu hari aku dihadiahkan orkid hutan dari spesis Phalaenopsis Bellina (kalau tak silap). Mungkin disebabkan minat aku yang mendalam kepada khazanah hutan dan bunga-bunga hiasan, isteri aku pun belikan orkid hutan.. emm, logik jugak.



Bermula dari saat & ketika itu, jam 5.27 petang, bermulalah episod baru dalam aktiviti perkebunan aku. Dalam banyak koleksi tanaman hiasan laman aku, ada lah sekarang ni terselit satu kelompok orkid hutan yang kini menjadi antara koleksi kesayangan.... Orkid-orkid jenis ni tak macam orkid biasa... harga, rupa dan cara penjagaan memang tak serupa... Harga pun boleh tahan, so untuk berjimat & memastikan tahap kepuasan yang maksimum dalam mengusahakan koleksi orkid hutan ni, aku beli beberapa anak pokok yang masih kecil..,. murah & boleh pilih macam-macam jenis... Lepas tu aku dapatkan tunggul-tunggul kayu kat kedai akuarium. & apalagi, semua anak-anak orkid tu aku lekatkan pada kayu-kayu tu dan aku gantungkan tepi kolam ikan koi... emm, oklah...

1 ulasan:

  1. salam en azid, terpandang post ni...ye, itu mmg okid phal bellina...baunya pun wangi. (salah sorang peminat okid) :)

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...