Klik je...!!!

Selasa, 29 Mac 2011

Draco Pulak Dah.....



Selain Dwarf Umbrella tree, aku pun sempat membeli pokok Draco ni kat Xue bang Nursery hujung minggu hari tu... Kalau tak silap mungkin nama saintifiknya Dracaena Draco... Ada jugak yang panggil Dragon Tree... Entahlah.. tiba-tiba je minat nak membela pokok ni bila dah selalu sangat nampak kat nursery... Pernah jugak survey pokok ni dulu-dulu, tapi lebih tertarik dengan pokok Yucca... bila pokok Yucca kat depan pagar tu dah besar panjang, ingat nak cuba pulak Draco pulak...







Antara sebab aku beli pokok ni, pertama sekali sebab aku memang suka dengan spesis ni.. kedua, selalu nampak, tapi bila tanya harga, alamak! mahal gila... berbeza betul dengan harga kat sini... sangat berpatutan... Ketiga, saiznya yang tak terlalu besar & tinggi. Kalau kat tempat lain pokok ni biasanya terlalu besar & tak berapa sesuai dengan laman rumah aku yang sempit tu... keempat, umurnya yang masih muda.. ;) kelima, confirm subur, sebab dah ada tiga anak (dahan muda) kat pangkal batangnya... Bukan apa, pokok Yuca & Draco kalau dah besar sangat nanti tak berapa cantik... kecualilah kalau laman rumah kita luas & tanam dalam pasu besar.. jadi masa tu, bolehlah aku potong batangnya yang meninggi tu untuk di semai... boleh hulur kat kawan-kawan... :)

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Pokok tak berapa mahal, kalau tak silap RM20 je masa tu....

      Padam
  2. tau tak cara nak jaga draco tu, sebab daun pokok saya semain kering

    BalasPadam
  3. Tak perlu jaga sangat pon. Cuma bajakan sekali sekali. Buang daun kering spy tidak mencacatkan pandangan.

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...