Klik je...!!!

Isnin, 14 Mac 2011

Biarlah Rumah Bersepah... Asal Anak Sihat & Kreatif...


Tak sangka Nur Jihan sekreatif abahnya... (masuk bakul angkat sendiri nampak)... tengoklah hasil kerja tangannya... Kalau diasuh betul2 ni, dah besar nanti boleh ambil corse Industrial Design, takkpun seramik... Tapi Jihan kata dia nak jadi doktor, bolehlah merawat abah, ibu & adik2nya kalau ada masalah kesihatan nanti... Eloklah tu...


Jihan sejak dulu memang suka main tanah liat ni... selalunya dia buat kuih... tapi kali ni dia cuba buat macam-macam benda pulak... Budak-budak selalunya suka berimaginasi... & memang sepatutnya begitu...



Bercerita pasal kreativiti anak-anak ni, pernah aku terdengar satu kenyataan yang aku rasakan amat bermakna dari seorang penceramah terkenal... maksudnya lebih kurang macam ni -Kalau kita balik kerja, dengan penat & letih yang masih tak hilang... tiba-tiba bila dah sampai rumah tengok rumah bersepah... macam ada satu gempa bumi kecil telah berlaku dengan barang permainan yang berterabur, kertas digunting-gunting, daun pokok di racik-racik untuk main masak-masak, bantal di susun berbaris buat main pondok-pondok... suasana pulak hiruk-pikuk dengan suara anak-anak yang bising atau menjerit-jerit, apa agaknya reaksi kita....? secara logik, tentu sekali kita akan naik angin, marah & silap haribulan ada yang naik tangan... Tapi, Kalau kita berfikiran positif, cuba kita fikirkan satu perkara... semua keadaan tu menunjukkan bahawa anak-anak kita sihat, waras & yang paling penting mereka kreatif... cuma cara macamana kreativiti itu ditunjukkan bergantung pada kecenderungan masing-masing...

-
Cuba bayangkan pulak dalam satu situasi, kita balik kerja & bila sampai rumah, tengok rumah sunyi sepi macam takde penghuni, jenguk ke dalam nampak pulak rumah tersusun rapi & kemas, kat satu sudut, terpandang anak-anak kita duduk diam, tak bergerak & takde apa-apa aktiviti... tentu sekali kita rasa lain pelik... anak-anak kita ni ok ke, normal ke tak...? Anak yang sihat & waras takkan berperangai macam tu.. Jadi, selalulah berfikiran positif dengan kerenah anak-anak ni... Biarlah rumah bersepah sekejap, asal anak kita sihat, waras & kreatif... Yang penting lepas bermain mintaklah mereka kemas semula... selalunya cara anak-anak mengemas ni ala kadar je, jadi sama-samalah kita bantu & tunjukkan kat diorang cara mengemas yang betul...
-

Ada juga pendapat yang mengesyorkan supaya anak-anak tidak dibiarkan terlalu "bersih" malah perlu dibebaskan untuk bermain dengan apa saje walaupun melibatkan 'kotoran' seperti tanah, lumpur, pasir dsb... menurut sesetengah pakar, jika anak-anak dibiarkan terlalu bersih sejak kecil, kemampuan kulit atau kesihatan mereka untuk pulih dari sesuatu penyakit akan terganggu atau lewat... dikatakan terdapat sejenis bakteria yang hidup di kulit akan membentuk seakan satu jaringan yang mencegah peradangan ketika kulit terluka... begitulah lebih kurang bunyinya... -betul atau tidak, wallahualam... Yang penting bila dah kotor tu kenalah mandi & satu lagi basuh tangan sebelum makan...

2 ulasan:

  1. insaf pulak baca entry ni... saya kalau balik keja dah byk hari rmh still xkemas dan bersepah, hari ke3 tu biasa dah jadi monster dah.. hih

    BalasPadam
  2. baguslah entri yang membuka mata ..rumah yang terlalu bersih tanda anak sakit..

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...