Klik je...!!!

Isnin, 7 Mac 2011

Nyonya Bangun Pagi, Siram Pokok Bunga...

Koleksi Plumeria kami yang sedang mekar berkembang
-
Saje pinjam lirik lagu Air Pasang Dalam untuk tajuk hari ni... Biasa dengar anak-anak nyanyi lagu tu... hehe... Aku tak pasti cuaca sekarang ni musim apa...? kadang2 panas, kadang2 hujan.. kadang2 hujan panas, kadang2 mendung tapi tak hujan... Yang pasti mendung tak bererti hujan, jadi kalau terdengar guruh di langit, air tempayan jangan dicurahkan... kadang2 kita sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari.. lebih baiklah sediakan payung sebelum hujan... emmmhh, gitulah lebih kurang ayat-ayat indah dari peribahasa melayu kita...

Hujan atau tidak, pokok2 tetap aku siram... sehari tak menyiram pokok rasa serba tak kena.. & biasanya itulah rutin aku lepas waktu kerja... kalau hujung minggu biasanya aku buat awal pagi & lewat petang... sebab kebanyakan pokok semuanya berpasu... jadi, setakat air tempias hujan yang sekadar membasahi daun-daun tu belum tentu mencukupi untuk keperluan akar-akar yang semakin memanjang... Pernah aku terbaca dalam majalah, menyiram pokok mesti pada akar, bukan daunnya.. & aku pasti semua orang pun tahu pasal tu... cuma rasanyalah mungkin ada segelintir yang tak biasa dengan kerja-kerja menanam pokok atau berkebun ni yang siram pokok sekadar membasahkan daun2 je... salah tu...


Menyiram pokok ni nampak macam satu kerja yang mudah... memang pun... tapi sebelum kita mencurahkan air ke pokok yang nak disiram tu, kena kaji & kena faham betul2 keperluan air pada sesuatu pokok tu... Keperluan kuantiti air adalah berbeza bagi setiap pokok... salah satu sebab kenapa pokok memasuki fasa dormant(kira macam merajuklah), adalah kerana terlebih air yang disiram... Ini menyebabkan akarnya seperti terendam dan menjadi busuk... terutamanya untuk pokok berpasu... Harus diingat, sesetengah pokok berbunga di rumah kita tidak memerlukan siraman air yang terlalu banyak seperti bougenvilla(bunga kertas), plumeria(kemboja), rose (mawar), desert rose(adenium obesum serta semua spesis dari kelurga apocynacaea), dsb... walaupun kebanyakannya memerlukan cahaya matahari yang direct.. Kalau kita kaji pun, salah satu sebabnya, asal-usul pokok ni kebanyakannya dari afrika. Kalau tak pun dari kawasan padang pasir atau kering kontang, seperti kaktus...


Jadi sebelum Nyonya bangun pagi siram pokok bunga, senang cerita masa beli pokok2 hiasan kat plant nursery tu, tanya-tanyalah tips2 yang perlu dari tauke2 nursery tu... siraman air banyak mana, sekerap mana, cara & jenis pembajaan macamana, keperluan cahaya matahari banyak mana... perlu panas ke, redup ke... itu semua kena tahu... baru boleh tanam kat rumah...
-
Percaya atau tidak...? dua pokok desert rose aku telah dirampok maling yang tak berhati perut... susah payah kami bela, kami siram, kami baja, kami jaga bagai anak sendiri.... yang terbaru dua hari lepas... takpelah... dah bukan rezeki kita...
-
Salah satu cara nak merancakkan balik tumbesaran pokok yang dormant, -mulakan sekali lagi... maknanya cantas semua cabang2 dahan atau ranting yang ada... sampai togel tak berdaun pun takpe... biar tumbuh semula tunas baru yang lebih segar & sihat... Lepas tu mulakan cara penyiraman & pembajaan yang betul...
-
-
4 tahun lepas, masa mula-mula berkecimpung dalam dunia perkebunan ni, aku beli dua pokok bunga kertas (gambar atas & bawah) yang macam dah terbiar di satu nursery kat Nilai & boleh dikategorikan sebagai dormant tahap tinggi jugaklah... Diatas kecekalan & semangat yang membara(ceewahhh) aku nekad untuk beli kedua-dua pokok untuk dibela... sampai je rumah, aku kikis & berus keseluruhan batang & dahannya dengan pisau & berus sabut untuk membuang lapisan kulat yang agak tebal... cantas semua ranting-ranting & tanggalkan hampir semua daun-daun yang memang nampak tak sihat... lepas beberapa minggu, alhamdulillah... tak rugi pelaburan aku....
-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...