Klik je...!!!

Isnin, 14 Mac 2011

Hafiy Nak Omnitrix Besar Eksss...!


Semalam kami bawak anak-anak berjalan ke Alamanda Putrajaya... (Macamlah selalu berjalan tak bawak anak-anak)... Sebelum tu, tujuan asal kami ke Putrajaya sebab nak menghadiri satu undangan Perkahwinan Jiran setaman yang buat majlis persandingan dua pasang anaknya... hehehe, sekali buat untuk dua pasang, jimat banyak tu... insya-Allah beberapa bulan lagi, dua adik kat kampung pun akan buat majlis serentak....


Berbalik pada cerita Hafiy & Omntrix Ben 10nya, nak kata dah dirancang, tidak... tak dirancang, pun tidak.... sebab sehari sebelum tu kami bawak dia ke pasar malam, sampai satu kedai permainan tu, mulalah dia nak macam-macam... sebenarnya, sejak beberapa bulan lepas dia dah menghafal satu ayat yang penuh dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi kalau nak ikut kami keluar ke mana2, atau ke kedai... ayatnya berbunyi –“Tak boleh beli CD ultraman, tak boleh beli permainan, tak boleh beli jajan... boleh beli buku, boleh beli color, boleh beli ais krim...” Kalau aku tanya sekarang, gerenti dia boleh jawab ayat ni tanpa miss satu perkataan pun... Tapi tu lah, disebabkan masa menjelajah pasar malam tu, banyak sangat agaknya kedai yang jual permainan, & banyak jugak yang dia berkenan... tapi dia tahu satu pun tak boleh dapat.. mana boleh tahan selepas tiga bulan memendam perasaan agaknya (untuk beli CD ultraman atau mainan)... hari tu pandai pulak dia buat muka 10 sen & merayu nak omnitrix Ben 10...



Jadi bila dok dalam kereta tu kami kata kat dia, tunggulah esok kita pergi Putrajaya, boleh singgah Alamanda... bolehlah cari Omnitrix yang elok sikit... Hafiy nak Omnitrix besar hehhh...? ok, boleh... Tak sangka pulak bangun tido pagi2 lagi dah tuntut... Jadi petang tu lepas pergi majlis persandingan kat presint 9, kami pun ke Alamanda... Dapatlah satu permainan omnitrix yang kira ori lah... harga, boleh tahan... lepas bayar terus kepala berdenyut2... hehehe... tapi satu faktor yang membuatkan aku penuhi jugak permintaannya kali ni sebab sebelum ni kami selalu belikan Omnitrix Ben 10 yang biasa kat kedai2 atau pasar malam, jadi pakai sehari dua dah rosak... ada yang tak sempat sampai rumah pun dah patah atau tercabut sana sini... harap2 kali ni Hafiy boleh main lama sikit & kalau boleh inilah alat permainan terakhirnya sebelum menempuh alam persekolahan yang sebenar nanti... Hafiy, Hafiy...... pening tak hilang lagi ni...

-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...