Klik je...!!!

Selasa, 1 Mac 2011

Suasana Baru Buat Jihan & Hafiy...


Ini kisah Nur Jihan & Muhammad Hafiy… menyelami suasana baru bersekolah tadika… Hari pertama ke sana, semuanya ok… Jihan Nampak seronok, Hafiy pun kira ok je… Masuk hari kedua, Jihan bertambah semangat, tapi Hafiy jadi layu, berjurai air mata nak ikut kita balik… Hari ketiga masih sama, sebelum mendaki anak tangga ke kelas, dia sempat membisik kat telinga “abah, kan Hafiy kata Hafiy nak pergi sekolah dua minit… hafiy tak nak pergi sekolah, hah..hafiy nak ikut abah je…” hehehe…. Kesian campur kelakar… mana pulak dia jumpa perkataan dua minit tu… lepas tu aku hantar je terus masuk, masa tulah dia start meraung…. Bila ada cikgunya yang sambut aku pun terus pergi…

Minggu depannya, Isnin & selasa… masih dengan keadaan yang sama… “Hafiy nak pergi sekolah dua minit je… hafiy nak ikut abah…” Tapi, kali ni aku tak pergi macam tu je… cuba pujuk dia, “Hafiy, Hafiy kena masuk kelas, belajar… dah habis sekolah nanti baru boleh ikut abah… nanti kita ajaklah ibu ngan baby Zair pergi pasar malam…” dia pun jawab “Hah.. Hafiy nak beli omnetrik (jam ben 10).. macam kat TV tu… tau”… aku jawab balik “emmmm ok… nanti abah beli yang besar punya..” dia pun masuklah kelasnya dengan senang hati sambil dipimpin kakak Jihannya… tapi masa balik sebelah petangnya, dia dah lupa semua tu, jadi takdelah omnetrik yang dimintak tu… Hehehehe.. teringat masa kecik-kecik dulu, agaknya aku pun serupa macam tu jugak…


Dua minggu pertama ni, aku akan singgah ke ofis dulu sebelum hantar diorang ke tadika… maklumlah, awal lagi pukul 7… sampai awal sangat pun, sekolah masih kosong, kawan-kawan pun belum sampai, jadi mungkin sebab-sebab macam tu membuatkan diorang rasa tak seronok bila kita tinggalkan terlalu awal…


Ini baju raya yang dipakai minggu lepas untuk sambutan Maulidur rasul kat sekolah.. Seronok dengar diorang bercerita pasal perarakan ke sekeliling perumahan kat kawasan sekolah tu...

Apa-apa pun Alhamdulillah… Hafiy semakin ok… takde dah perkataan dua minit tu… nasib baik ada kakak Jihan yang meneman, kalau tidak mungkin ambil masa sikit untuk dia sesuaikan diri dengan tempat baru tu… Lagi pulak umurnya pun belum cukup lima tahun… mungkin sebab tu dia rasa belum masanya untuk dia bersekolah… takpelah, insyaallah… makin dia besar nanti, ok lah semuanya…

1 ulasan:

  1. cutenya hafiy...heheh mn la dia beljao ckp 2 minit tu??? ok la hafiy kan budak baik skg dah ok ke nak pi skul???

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...