Klik je...!!!

Jumaat, 25 Mac 2011

Tazkirah - Ilmu


Alhamdulillah, setiap pagi Jumaat sebelum memulakan tugas, kami di pejabat disajikan sedikit majlis ilmu dalam tazkirah ringkas oleh TKP... memandang tazkirah terbaru yang disampaikan bercerita tentang ilmu, kepentingan untuk mencari & menyebarkannya, insyaAllah, mulai minggu ini aku sendiri akan menyebarkannya melalui blog ini untuk disampaikan kepada sesiapa yang sudi singgah menjengok ke sini, sekiranya berkesempatan... walaupun sekadar dalam bentuk paling ringkas agar mudah untuk difahami...


1. Orang yang paling takut kepada Allah ialah orang yang berilmu... semakin tinggi ilmunya semakin takutlah ia kepada Allah...

2. Semakin bertambah ilmu, semakin bertambahlah rasa kesyukuran kepada Allah...

3. Semakin kita merasai kebesaran Allah, semakin kita merasai diri ini terlalu kecil & kerdil di sisi Allah...

4. Ulamak pewaris nabi, bukan dalam bentuk dirham atau dinar tetapi ilmunya... Ilmu diwariskan untuk disebar atau disampaikan kepada semua.. Ilmu yang tidak disampaikan merupakan satu kerugian yang amat besar untuk semua apatah lagi jika ianya ditarik balik...

5. Ilmu boleh diambil atau ditarik semula secara perlahan, terutama jika tidak diamalkan...

6. Ilmu tanpa amal itu adalah sia-sia, amal tanpa ilmu itu adalah gila!...

7. Ilmu tidak datang sendiri, tetapi perlu dicari...


Wallahualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...