Klik je...!!!

Isnin, 28 Mac 2011

Cuci Mata di Xue Bang Nursery...


Sebenarnya cerita hujung minggu ni kami tak habis setakat bercanda di pantai Bagan Lalang je... masa on the way balik tu kami singgah cuci matalah (kononnyalah) kat Xue bang nursery di Sepang... tengah elok2 cuci mata tu, sesuatu telah terjadi... nak kata mata masuk habuk, bukan... mata seakan terpukau & tersekat pada satu pandangan yang tak bisa untukku alihkan ke sudut lain... ku cuba dan terus mencuba... namun masih gagal... senang cerita, akhirnya aku beli je pokok yang aku berkenan tu... heheheh... ini bukan cuci mata, ini cuci poket...



Apa nak buat, orang selalu dok kata, dari mata turun ke hati... kalau dah berkenan kat hati, apa lagi nak ditunggu... risik2 harga, emhh.. boleh tahan... beli jelah kalau tidak balik rumah nanti teringat-ingat je...

Ini spesis Dwarf Umbrella Tree atau nama saintifiknya Schefflera Arboricola, dari keluarga Araliaceae... hehehe, susah no nak sebut... sebijik macam pokok getah, ada orang kata memang pokok getah pun... Sejak akhir-akhir ni aku selalu pergi survey pokok untuk ofis, so banyak kalilah nampak spesis ni... salah satu tanaman yang sesuai untuk pejabat atau diluar.... Disebabkan harganya aku rasakan berpatutan, aku pun belilah dua pokok dengan pasu yang ala-ala bonsai jugak... Siap dia bagi biji benih lagi untuk aku semai...


Sementara tu, isteri aku pun tak lepaskan peluang beli dua pokok ros kegemarannya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...