Klik je...!!!

Khamis, 24 Mac 2011

Jihan Tetap Dengan Bukunya...

Nur Jihan sejak sekolah tadika Yadim ni, tak pernah berpisah dengan buku... Adiknya, Hafiy pagi2 masuk kereta, kalau tak main dengan alat permainannya, maknanya dia tidurlah tu kat belakang... Jihan pulak sibuk membaca buku... Belah petang pulak masa jemput balik, Hafiy biasanya sibuk bercerita pasal kawan2 atau cerita dari sekolahnya untuk hari tu, Jihan masih sibuk dengan bukunya... Sampai rumah, Hafiy sibuk cari remote control nak tengok saluran TV kegemaranya, Jihan masih tetap dengan bukunya...


Nur Jihan kami asuh supaya berminat dengan buku seawal usia 2 tahun... Gambar ni masa umurnya 2 tahun 3 bulan, masa tu tengah tunggu ibunya habis kelas kat UiTM...

Kalau ikutkan kajian, perkembangan kanak2 seusianya sekarang ni memang tangah teruja untuk belajar mengeja & membaca selain dari mengira... Kebetulan ibunya pun memang rajin membelikan buku2 cerita walaupun masa tu Jihan masih tak reti lagi membaca... Sejak usianya dua tahun memang suka buku... Kalau kami berjalan ke mana2, & singgah kat mana2 kedai permainan, Hafiy sorang je yang mintak mainan, Jihan pulak selalunya taknak, biasanya dia kata "kakak dah besar, kakak nak buku atau color"... mintak buku, kalau tak pun, mesti pensil warna... Masa belum tau mengeja dulu, sibuklah dia suruh kita baca atau bercerita apa yang ditulis dalam buku tu... Tapi sekarang ni dia dah pandai eja & baca sendiri walaupun taklah selancar mana. Merangkak-rangkak pun, kekadang berjaya jugak dia habiskan mengeja & membaca satu buku tu, dalam sehari dua je... Kalau berterusan, InsyaAllah Nur Jihan boleh jadi anak yang bijak & pintar... Atau sekurang-kurangnya sebagai kakak, dapat juga dia tunjukkan teladan yang baik untuk adik-adiknya nanti... -Percaya tak, kalau dulu Jihan selalu ajar adiknya mengenal huruf, sekarang ni pandai pulak dia mengajar adiknya, Hafiy mengaji... Memang ada gaya cikgu...


Sebelum usia mencecah dua tahun Jihan dah minat menulis... Apa yang ditulis tu tak taulah... :)

Umur 3 tahun dah pandai ajar adiknya mengenal huruf... ada gaya cikgu tak...?

Kalau dah penat baca buku, Sibuklah pulak dia meluru kat lap top aku untuk main game... kacaulah Jihan ni.... :) Bila aku tengah asyik tengok TV, tiba-tiba pulak dia datang join sekali.. bila tanya kenapa tak main komputer? dia jawab "haahhh, dia tengah loadinglah..." :)


Semoga Nur Jihan menjadi anak yang bijak & pintar, jadi kakak yang boleh menjadi pendorong kepada adik-adik, jadi insan yang berguna bila besar nanti & serta jadi kebanggaan kami sekeluarga, insyaAllah... sesuai dengan maksud namanya Nur Jihan Faihanah -Cahaya Kebanggan yang Mengharum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...