Bukan nak tulis pasal peribahasa, tapi pasal cerita lama tentang 3 pokok desert rose aku... Dua dilarikan maling yang segan silu nak minta cop halal kat aku... takpe, aku halalkan kalau si maling tu berjaya menjaga pokok tu sebaik aku, malah aku bersyukur kalau dia dapat jaga jauh lebih baik dari aku... cuma tak berapa nak seronok sebab tak boleh nampak perkembangannya depan mata... Yang satu lagi pulak, lepas habis berbunga hari tu, aku terperasan dahan & daun pokok desert ros aku yang tinggal sepokok ni 'teleng' ke satu arah je sebab nak kejar cahaya matahari. Jadi untuk memulihkan masalah 'ketelengan' pada pokok ni aku cantas semua dahannya biar tumbuh pucuk baru yang lebih segar & boleh tumbuh seimbang...
Lepas seminggu lebih, bolehlah nampak banyak pucuk baru nak tumbuh... alhamdulillah... harap tak lama lagi keluar banyak bunga pulaklah ye... Hujung minggu lepas jugak, selesai berkelah kat pantai Bagan lalang, kami singgah kejap rumah kakak kat situ-situ jugak.. Lama tak berpenghuni sebab diorang pindah bekerja di JB... dah lebih setahun, tapi aku tengok ada beberapa pasu pokok desert rose masih survive walau tak dijaga tapi tetap berbunga, cuma batang & dahannya nampaklah kurus sikit... iyelah, setakat mengharapkan tempias-tempias hujan yang singgah sikit ke pasu-pasu tu... mana nak subur... duduk tempat berbumbung pulak tu.. Lepas mintak kebenaran, kami bawak dua pokok untuk dijaga... hehehe.. maknanya bergantilah dua pokok aku yang hilang sebelum ni... yang sepokok ni lepas habis semua bunga, aku cantas habis semalam untuk dipulihkan semula...
InsyaAllah, aku akan jaga sebaik mungkin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan