Hujung minggu kali ni aku tak ke mana... Takde buat apa-apa.. Kiranya, takde hasillah... emmmh, kalau ikut ayat yang aku biasa guna untuk diri aku -Tak produktif Langsung..! Tapi, betul ke tak produktif... sebab banyak juga aktiviti yang aku buat cuma tak berapa perasan je, maklumlah kerja-kerja rutin...
Nasib baiklah rumah aku ni dikelilingi dengan pokok-pokok bunga, dapatlah juga aku belek-belek, cantas mana yang perlu, semai mana yang dah mula membiak, tanam pokok-pokok semaian yang dah mula membesar, baja mana-mana pokok yang tak cukup subur, buang mana-mana yang nampak semak & apa-apalah jelah, yang penting badan berpeluh... sebab itu jelah 'senaman' mudah yang mampu aku buat kat rumah ni... kalau tak pagi, petang, tak sempat jugak, malam.... takpe sekurang-kurangnya dapat jugak kami sekeluarga berehat di hujung minggu kali ni tanpa kos.... Itu pun tak tahu lagi ni, silap-silap kejap lagi ada je misi yang tak dirancang... Selain mengemas & menyemai beberapa anak pokok, sempatlah aku belek-belek beberapa spesis kat laman rumah yang tengah & mula nak berbunga...
Kiranya, hujung minggu kali ni bukanlah tak produktif, cuma tak keluar makan angin atau cuci mata kat luar... elok jugak, dapat berjimat.... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan