Klik je...!!!

Isnin, 4 April 2011

Reformasi atau Transformasi...?


Sekali air bah, sekali pantai berubah... Perumpamaan yang jelas tentang tabiat manusia macam kita yang sememangnya perlukan perubahan sepanjang masa... Berubah atau kita ketinggalan... Biasalah manusia, sudah terhantuk baru terngadah... dah benjol baru nak mendongak & mengadu kesakitan... hehehe.. tiba-tiba teringat kisah anak bujang aku, Hafiy jalan tak pandang depan sampai terlanggar phone booth masa merewang kat The Store JB.. benjol macam bola pingpong kat dahi....


Sebagai manusia yang diberi akal fikiran yang waras, & diberi kesempatan hidup di zaman IT yang serba moden ni, buatlah sesuatu yang kita rasakan terbaik untuk diri sendiri kalau tak mampu buat untuk orang sekeliling, sebab Dayung sudah di tangan, Perahu sudah di air… Apa lagi kita tunggu… walaupun perubahan itu sesuatu yang perlu jangan pulak kita lupakan adat & budaya kita, orang kata Yang lama dikelek, Yang baru didukung… asalkan kita tak jadi Seperti lembu dicucuk hidung, sudahlah…


Nak berubah ke arah kebaikan pun, kenalah bersunguh-sungguh, bukan Hangat-hangat tahi ayam… Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan… Aku tak nafikan ramai orang kita yang sekarang ni cuba membuktikan yang diorang sanggup Geggam bara api biar sampai jadi arang… Cuma masa, tempat & caranya macam tak berapa kena… Orang dulu-dulu kata, Biar mati anak jangan mati adat… gerenti kalau tanya orang sekarang ni, ramai yang pilih anak, betul tak…?


Melentur buluh biarlah dari rebungnya… Sedarlah yang kita semua ni sekadar Anak dagang, jadi kenalah Rendah hati & tidak Meninggi diri… biarlah orang nampak kita Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi sebab yang penting Bulat manusia kerana muafakat… Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing & Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Apapun matlamat kita, Jangan pulak sampai Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran.. agar tak pulang dengan Tangan kosong… & yang paling penting di mana bumi dipijak, di situlah langit yang kita dijunjung. Ingat juga pesan orang tua, Jangan kita jadi Kacang lupakan kulit…


Perubahan itu memerlukan masa, bukan datang sekelip mata & ia bermula dari dalam diri kita… bukan orang lain... Aku juga perlu berubah… kebelakangan ni kita selalu dengar slogan "Ubah sekarang!", "Berani Berubah" atau "kami mahukan Perubahan".. ada juga yang guna ungkapan lain -Reformasi!... Yang lebih kreatif lagi, guna frasa yang lebih jelas, moden & dinamik -Transformasi!... Dalam al Qur'an pun dah tertulis "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga dia mengubah apa yang ada pada diri mereka "... -(Surah Ar Rad, ayat 11)... Adakah ia bermaksud bahawa nasib atau kejadian sesuatu itu boleh berubah..? Takdir atau ketentuan Allah sememangnya dah tertulis untuk setiap kejadian ciptaanNya, Allah dah nyatakan dalam Al Qur'an, -


مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ) (الحديد:22)


Artinya: “Tiada sesuatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” Surah Al-Hadid ayat 22



Begitu juga dengan sabda Rasullullah S.A.W... -


كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلَائِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ ، قَالَ : وَعَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ


Artinya: “Sesungguhnya Allah telah menulis taqdir semua makhluk 50 ribu tahun sebelum langit dan bumi diciptakan, dan Arsy-Nya berada di atas air.” (HR. Muslim)



Tetapi ada juga hadis yang berbunyi - (لَا يَرُدُّ الْقَدَرَ إِلَّا الدُّعَاءُ)


Artinya: “Tidak menolak takdir kecuali doa.” (HR. Ahmad) Dikatakan hadis ini dhaif (lemah), antara yang mendhaifkannya Syeikh Al-Albany rahimahullahu.


Seandainya hadis ini sahih, bukanlah bermaksud kita berupaya keluar dari takdir Allah, atau mampu melawan & menghindar dari takdir yang tertulis. Kerana proses berdoa serta doa yang diangkat itu juga sebahagian dari takdir Allah. Dialah Allah yang mentakdirkan kita berdoa, sehingga dengan doa itu, Allah mencegah musibah dari kita. Dengan kata lain, kita menolak takdir Allah, dengan takdir Allah.


Sebagaimana kita ingin mengambil ubat untuk menyembuhkan penyakit, keluar bekerja untuk mendapat rezeki. Ini bukan bererti kita mampu keluar dari takdir Allah, tapi kerana mengambil ubat dan bekerja itu sendiri juga sudah tertulis dalam takdir Allah, bahkan sembuh dari penyakit dan rezeki yang diperolehi juga sudah pasti takdir Allah. Jadi kita keluar dari takdir Allah, dengan takdir Allah, menuju takdir Allah yang lain. Wallahua'lam...


Aku bukanlah nak bagi tazkirah tentang takdir Allah, atau bercerita pasal masalah negara, sosial, politik, masalah dunia, tsunami jepun, mahupun tsunami politik (yang ada bunyi sipi-sipi tu mungkin kebetulan je), tapi pasal matlamat hidup... Dah lama aku terfikir untuk memajukan diri dalam bidang yang aku ceburi sekarang... naik ke tangga yang lebih tinggi... maksud aku dari segi kerjaya.. sekurang-kurangnya dapat jugak aku tingkatkan sikit status kehidupan yang sementara ni... Kalau ada orang kata aku ni cuma berangan pun takpe, sebab sesetengah orang kata, satu impian tu boleh tercapai bermula dengan angan-angan... Tapi kenalah berusaha, bukan setakat berangan je... Takdelah aku mimpi nak jadi jutawan, tapi sekadar hidup selesa & mampu membahagiakan isteri & anak-anak.... tak lupa juga kedua ibubapa jika berkesempatan... insyaAllah.... :)


Mungkin satu hari nanti......


-Kebelakangan ni, aku memang suka gunakan frasa-frasa indah pepatah Melayu kita... Siapa lagi nak mengangkat & memartabatkannya kalau bukan kita sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...