Cerita Zaman Sekolah...
Hari tu, cikgu masuk kelas seperti biasa... Takde pelajaran baru, exercise atau ulangkaji yang dibuat sebab peperiksaan pun baru je lepas... kira buat kerja masing-masinglah... Tapi tengahari tu cikgu nak buat satu permainan unik yang sedikit sebanyak membolehkan kita tahu(apa kita akan jadi) atau dapat menentukan masa depan kita... Setiap pelajar disuruhnya sediakan sehelai kertas, lepas tu tuliskan nama & cita-cita sendiri....
Zaman sekolah biasanya kita tak nampak lagi hala tuju & matlamat kehidupan kita... Sebab tu kalau ditanya apa cita-cita kita masa sekolah, jawapannya sentiasa berubah-ubah... tak pernah tetap... Polis, bomba, guru, peguam, doktor, jurutera, saintis... semuanya pernah masuk dalam senarai... kalau ikutkan tradisi budak-budak kat kampung zaman tu, lepas sekolah mesti nak cari kerja.. & kerja yang popular untuk budak-budak yang habis SPM masa tu apa lagi kalau bukan kerja kilang... tak kiralah kilang mana, kilang elektronik ke, perabut ke, kilang ayam, kilang plastik dsb.... yang penting kerja... takkan nak dok rumah je 24 jam ye tak...? & biasanya target diorang beberapa bulan lepas kerja mesti dapat kumpul duit untuk beli motor... hehehe, itu visi tradisi budak lelaki yang takde misi hidup yang jelas masa tu -macam akulah..., yang perempuan aku tak pasti pulak, mungkin bila dah kerja, cari jodoh, lepas tak lama tu kahwin... J
Ok... berbalik pada cerita kat sekolah tadi... Tau tak apa agaknya kerjaya impian yang aku catat dalam kertas tu...? Arkitek...! Lepas tulis tu, edarkan kertas tu mengikut satu pusingan untuk memastikan kertas tu sampai kepada kesemua kawan-kawan dalam kelas tu... Setiap orang yang mendapat kertas itu akan mencatatkan pula kerjaya yang dirasakan sesuai untuk kita berdasarkan pemerhatian & penilaian diorang terhadap diri kita... Sehinggalah cukup satu pusingan & kertas tu sampai kat kita balik... Maknanya kalau ada 40 murid dalam kelas, ada 39 jenis kerjayalah kat dalam kertas tu...
Dan hasilnya, peratus jenis kerja yang tertinggi dalam senarai itulah yang berkemungkinan atau berkebarangkalian tinggi amat sesuai untuk kita... Untuk aku, 45 % setuju aku boleh berjaya sebagai arkitek, 45 % lagi meramalkan aku akan jadi pelukis terkenal. & 10% lagi, lain-lain... yang lain-lain tu bercampur aduk (kerja budak-nakal yang nak pekenakan aku)... mana taknya, ada yang letak, petani berjaya, pemandu, tukang urut & satu yang aku tak boleh lupa sampai sekarang -bomoh hitam... sampai hati betullah... J
Lepas habis SPM, untuk merealisasikan impian aku sebagai arkitek aku apply course senibina kat ITM... semangat betul ni sebab kalau tengok kelayakan kat result SPM tu memang lepas (cukup makan je sebenarnya) J... tunggu punya tunggu, sampailah berbulan-bulan takde jawapan... jadi aku teruskanlah kerjaya tradisi budak-budak kampung masa tu –kerja kilang... Enam bulan kerja kilang perabot... Dapatlah sikit pengalaman dalam kerjaya tukang kayu ni, Alhamdulillah.... Tak lama lepas tu apply ITM lagi sekali... sementara tu aku dah pindah kerja ke kilang elektronik... kerjanya mengadjust kordinasi warna untuk monitor & skrin TV... hehehe..lebih kurang gitulah... dapat satu lagi pengalaman baru... masih takde berita pasal permohonan aku ke ITM... Takpe... mungkin takde rezeki... Tiap hari aku balik kerja, mesti kena lalu depan rumah jiran-jiran kat kampung tu, macam-macam perasaan aku, malu ada, kecewa ada... iyelah, nak juga buktikan yang aku pun boleh berjaya macam anak-anak diorang yang masuk universiti... sabar...
Akhirnya, enam bulan lepas kerja kat kilang elektronik tu, aku dipanggil untuk interview ITM, course -art & design (pilihan kedua aku)... baru interview je, belum confirm lagi dapat masuk tu... J & Alhamdulillah, sebulan lepas tu aku dipanggil untuk mendaftar ke ITM Shah Alam... sekarang UiTM....
4 tahun di UiTM, dah hujung-hujung tu berjaya jugak aku mencipta nama... Tak perlulah aku nyatakan.. Takdelah sampai terkenal, tapi sekurang-kurangnya kejayaan waktu tu diuar-uarkan jugaklah seMalaysia melalui TV, suratkhabar & beberapa majalah.. Dapat jugak membanggakan kedua orang tua & keluarga, kawan-kawan, orang-orang kampung, Felda, pensyarah-pensyarah & UiTM sendiri... J Ok lah cukup... itu cerita lama, apa yang aku nak katakan kat sini ialah tentang pengajaran dari sebahagian kisah hidup aku yang tak berapa menarik tadi tu... Kita mungkin tak boleh nak menilai seseorang kerana sifat & sikap manusia mungkin berbeza dari cerminan fizikal, tingkahlaku atau keperibadian yang ditunjukkannya... Walhal, kita sendiri sebenarnya tak dapat menilai diri kita dengan tepat.... Cuma kadang-kadang tu, sesuatu keistimewaan atau kelebihan yang ada pada kita hanya dapat diketahui apabila diberitahu oleh orang lain... Yang penting kita sendiri kena ada keyakinan..
Sekarang budak-budak kampung dah tak macam dulu... Ramai yang dah keluar dari kepompong kehidupan zaman lampau demi mengecapi taraf kehidupan yang lebih baik... itulah yang kita nak....
Beberapa kesimpulan yang dapat aku buat...
1. Yakin pada kemampuan diri.
2. Bersedia menerima & mendengar pendapat orang.
3. Usah ketepikan penilaian & kritikan orang sekeliling, gunakan ia sebagai panduan untuk kita memperbaiki kelemahan diri..
4. Jadikan pasangan atau sahabat-sahabat kita sebagai pengkritik tetap atau jemputan (macam dalam AF tu) supaya kita tak terus terlena, syok sendiri atau terpesong dari rancangan realiti kehidupan yang berliku ni... (aku selalu mintak pendapat kat isteri atau kawan-kawan tentang sesuatu design yang aku buat walaupun mereka bukan pakar atau ada kena mengena dengan ini filem)... sebab seni itu untuk dinilai oleh orang ramai... bukan diri sendiri...
5. Jangan terlalu memilih.
6. Ilmu perlu dicari, tapi pengalaman perlu kita dilalui...
kadangkala sedang kita berseronok dengan cuaca yang cerah.. tiba-tiba Allah turunkan hujan pada kita.. kita tertanya-tanya kenapa Allah turunkan hujan?..tetapi bila hujan berhenti rupanya Allah berikan pelangi yg indah untuk kita.. :)
BalasPadamBetul tu... Walaupun yang indah selalunya tersimpan sebagai kenangan yang tak dapat dilupa, Yang pahit juga tetap tersemat sebagai pengajaran yang berguna... :)
BalasPadamLulusan AD uitm shah alam ka?batch mana ek?sy pun budak AD jgk..batch thn 97
BalasPadamOh, AD jugak ye, patutlah kreatif... tapi saya awal lagi, batch 94....
BalasPadamooo masa sy masuk..dah final year la kan...ada jgk budak AD tak kreatif..saya la tu..tgn keras kejung..tp senior saya ni mmg terbukti kreatif dgn hasil kerja tangan kat dlm blog ni..well done!
BalasPadam