Klik je...!!!

Selasa, 12 April 2011

Apa Istimewanya Kemboja Berkelopak Genap...?



Nak cerita sikit tentang pokok bunga kemboja yang aku beli kat Xue Beng Nursery bulan lepas... Aku berkenan masa nak beli pokok ni walaupun harganya boleh tahan sebab pokok ni bercabang-cabang walaupun masih kecil... satu lagi sebab, hampir setiap pucuknya menunjukkan tanda-tanda nak berbunga... Jadi dalam seminggu dua lepas beli tu banyaklah bunga-bunga yang berkembang... Berserilah laman rumah kami sementara menunggu kockiana kat wakaf tu berbunga.... J





Kebelakangan ni, kalau ada sahabat-sahabat yang tanya kat aku, pokok apa yang sesuai ditanam depan rumah? Aku jawab pokok bunga kemboja je... Eh!, ok ke?... ok tu... Tapi kalau nak cari pokok kemboja ni, kena cari jenis yang sesuai. Nak nampak cantik & rendang, carilah jenis pokok yang bercabang banyak... Nampaklah rendang sikit, bolehlah nampak daun & bunga yang banyak berbanding beli pokok yang tinggi tapi bercabang dua atau tiga je... Warna bunga pun, pilihlah ikut warna pilihan kita...




Satu masa dulu, bunga kemboja ini sering digunakan dalam ritual atau majlis tertentu... Memang banyak kepercayaan & pemahaman tentang pokok bunga kemboja ni. Kalau ikut tradisi lama(atau mungkin kebetulan je) pokok kemboja ni banyak ditanam di kawasan kubur & jirat cina... Terutama kemboja putih & pink... Tak pasti kenapa... Mungkin sebab wangian semerbak dari bunganya boleh menjadi terapi mendamaikan jiwa & mengubat kesedihan... :) atau sekadar sebagai penyeri kawasan kubur... Ada juga yang kata pokok ni sering jadi tempat persinggahan mahkluk halus, bunian atau sebagainya... Tapi itu kepercayaan orang dulu... Bukanlah sebab zaman moden ni mahkluk halus tu tak wujud, tapi zaman sekarang aku perhatikan pokok bunga kemboja ni banyak ditanam di luar & dalam pagar rumah sebagai penyeri taman... & yang terbaru ni, aku nampak banyak spesis ni dijadikan penghias landskap di kawasan-kawasan masjid & pejabat... terutamanya kemboja berbunga merah, pink & putih...






Bunga kemboja yang tengah mekar kat laman kami ni memang pelik sikitlah sebab setengah-setengah tangkai tu berkelopak 4 & setengah lagi berkelopak 5... ada juga yang berbeza bilangan kelopak walaupun dari gugusan tangkai yang sama... Tapi apa istimewanya... ? Kalau rajin google sikit kat internet tu, banyak cerita tentang pokok & bunga kemboja ni... Termasuklah tentang bunga berkelopak genap (4 atau 6) yang mampu membawa rezeki, kebaikan, ilmu serta jodoh kepada yang menemuinya... Kalau ikut logik akal memang tak munasabah.. tapi kalau nak ikut tradisi atau kepercayaan masyarakat tertentu, terpulanglah pada penerimaan masing-masing... Cuma sebagai seorang muslim yang beriman kita perlu yakin bahawa rezeki itu hanya dari Allah S.W.T.... bukan di ta­ngan makhlukNya yang lain... Allah dah nyatakan dalam Al Qur'an, antara firmanNya yang menyentuh tentang rezeki ni...


Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah: "Allah", dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:62):
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Memang banyak ayat-ayat Al-Quran yang merujuk tentang rezeki sebenar yang kita peroleh, atau yang hilang daripada kita, semua­nya atas kehendak Allah SWT... Tugas kita pula berusaha, berdoa & bertawakal agar rezeki yang kita kejar itu diizinkan Allah untuk sampai kepada kita...


Jadi, untuk sahabat-sahabat... Ada rezeki lebih tu, bolehlah beli pokok bunga kemboja & tanam depan rumah untuk hiasan, cantik dipandang wangi bunganya... Kalau berbunga & muncul yang berkelopak genap 4 atau 6, itu pun rezeki Allah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...